Monday, November 1, 2010
POLITIK DAN DEMOKRASI
POLITIK DAN DEMOKRASI ADALAH SATU SENI MEMILIH DAN MELANTIK SESEBUAH KERAJAAN DALAM MELAKUKAN URUSTADBIR KEPADA SESEBUAH NEGARA UNTUK KEPENTINGAN RAKYATNYA. DALAM KONTEKS MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN,PERANAN PARTI PEMBANGKANG ADALAH TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN SAMA SEKALI DALAM MEMANTAPKAN PENTADBIRAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH. PEMBANGKANG BUKAN SAHAJA DISEBUT SEBAGAI PENDESAK DAN PENEGUR KERAJAAN SAHAJA. NAMUN IANYA LEBIH DARIPADA ITU, IAITU SEBAGAI PARTI YANG MENJADI CHECK AND BALANCE KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH. KELIBAT DAN PERANAN PEMBANGKANG TIDAK SEHARUSNYA DIPANDANG NEGATIF DAN PENYIBUK. SEBENARNYA PERANANAN PARTI OPOSISI INI SANGAT PENTING DALAM KONTEKS KERAJAAN YANG DITUBUHKAN HASIL DARIPADA PILIHANRAYA UMUM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan bagi menarik para pelancong luar mendapat bantahn daripada pelbagai pihak samada pertubuhan NGO's, parti politik dan orang perseorangan. Ini kerana mutakhir ini rakyat telahpun dibebani dengan pelbagai masalah sosial yang berlaku seperti pembuangan anak, perzinaan, pembunuhan tragis,dadah, rasuah dan pelbagai cerita negatif yang tidak sedap didengar. Langkah kerajaan ini jika dipandang sebalah mata, sememangnya ianya baik untuk menjana pendapatan ekonomi negara untuk kepentingan rakyatnya. Namun sebagai sebuah kerajaan yang mengambil kira kepentingan rakyat seharusnya kerana perlu membuat pertimbangan semuala agar sesuatu langkah yang diambil itu tidak akan meninggalkan suatu kesan yang negatif, malahan kesan sosial dan politik juga perlu diambil kira daripada pelbagai sudut. Kerajaan perlu mengambil inisiatif lain untuk menjana pendapatan negara agar sebarang langkah yang dibuat akan mendapat pelbagai pandangan dan respon daripada khalayak rakyat.Perkasakan Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
ReplyDeleteAllah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali sesuatu kaum itu mengubahnya. Jadi usaha dan ikhtiar itu sebenarnya perlu bagi setiap orang insan dalam melayari bahtera kehidupannya di dunia, malahan apa yang dilakukan di dunia ini pada hakikatnya kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Segala harta yang kita perolehi itu akan ditanya kepada kita kemana kita belanjai semasa di dunia dahulu.Apapun usaha dan ikhtiar secantiknya biarlah iannya sepadan dan selaras dengan apa yang dianjurkan oleh Allah dan PesuruhNya yakni Rasulullah SAW.
ReplyDeleteRasulullah SAW bersabda:
ReplyDelete"Hendaklah kamu cari ulama-ulama besar(ulama pewaris Nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan janganlah sesekali kamu lepas daripadanya"
Antara Barat dan Islam adalah umpama langit dan bumi yang tidak boleh disatukan sampai bila-bila. Segala peraturan dan perundangan antara Barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Dari segi amalan politik juga sama iaitu sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal Barat adalah berlandaskan Falsafah kekuasaan rakyat semata-mata. Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat dari kuasa rakyat.Pemerintahan pula hanya untuk kepentingan rakyat dan bukannya hanya untuk kepentingan sesuatu kelompok tertentu sahaja. Ini adalah merujuk kepada kenyataan di bawah:
ReplyDelete"Istilah sebenar demokrasi berasal daripada dua perkataan Greek: "demos" bermaksud rakyat dan "kratein" bermaksud memerintah. Oleh itu makna demokrasi secara literal ialah pemerintahan rakyat" (Dr. Lukman Thaib, 199:7).
Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun konotasi demokrasi moden lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat dalam sesebuah negara. Di dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat (Al Maududi 1404:21). Dengan kata lain rakyat berhak menentukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat. Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).
Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip kedaultan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah kita merujuk kepada pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasai prinsip negara Islam:-
"Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan yang digelar "teokrasi" dalam bahasa Inggeris" (Al Maududi 1404:21).
Menurut beliau teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengagungkan sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi pada zaman Eropah yang memerintah secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan. Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara demokrasi Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Antara Barat dan Islam adalah umpama langit dan bumi yang tidak boleh disatukan sampai bila-bila. Segala peraturan dan perundangan antara Barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Dari segi amalan politik juga sama iaitu sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal Barat adalah berlandaskan Falsafah kekuasaan rakyat semata-mata. Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat dari kuasa rakyat.Pemerintahan pula hanya untuk kepentingan rakyat dan bukannya hanya untuk kepentingan sesuatu kelompok tertentu sahaja. Ini adalah merujuk kepada kenyataan di bawah:
ReplyDelete"Istilah sebenar demokrasi berasal daripada dua perkataan Greek: "demos" bermaksud rakyat dan "kratein" bermaksud memerintah. Oleh itu makna demokrasi secara literal ialah pemerintahan rakyat" (Dr. Lukman Thaib, 199:7).
Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun konotasi demokrasi moden lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat dalam sesebuah negara. Di dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat (Al Maududi 1404:21). Dengan kata lain rakyat berhak menentukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat. Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAl-Maududi telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah negara Islam iaitu:-
ReplyDelete(1) Tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang menangi dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar: semua yang lain adalah hambanya.
(2) Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah, dan
(3) Sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam (Al-Maududi 1404:20).
Kesemua prinsip undang-undang di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum Allah.
Ini adalah berbeza dengan demokrasi Barat(Kristian) yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat. Calon-calon yang dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam sesebuah negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. Di dalam demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan. Di dalam demokrasi Barat(Kristian) juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih mementingkan materialisme dan ini melalaikan mereka daripada membenarkan dan kebaikan yang hakiki. Ketamadunan mereka hanya berlandaskan nafsu semata-mata serta akal fikiran.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKes jenayah di negara kita kian parah. Suasana ini sangat menakutkan bukan shaja kepada individu, malahan juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Fenomena ini wujud akibat daripada arus pemodenan yang begitu cepat tanpa diiringi dengan modal insan yang dapat membentuk jati diri yang kukuh dan bersepadu dengan ajaran Islam.Hal-hal yang berkaitan dengan agama terutama sekali pengajian Al-Quran dalam masyarakat kita tidak ditritik beratkan sangat berbanding dengan mengejar pendidikan di sekolah. Dengan ketidaseimbangan inilah yang mewujudkan satu generasi pelapis hari ini kurangnya tahap keimanan kepada penghayatan agama Islam. Sesuatu perlu dilakukan oleh semua pihak dalam menangani gejala ini. Saban hari dan saban tahun kes-kes semakin meningkat dan menakutkan.Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini adalah tidak lain dan tidak bukan dengan kita sama-sama kembalai kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Kita perlu menolak pemikiran sekular Barat dari meresapi ke dalam pemikiran anak-anak kita sebagai orang Islam. Pemikiran Liberal hendaklah dijauhkan daripa meresapi jiwa anak-anak kita. Kaum guru hendaklah sewajarnya memainkan peranan ini agar roh Islam terus dinobatkan ke dalam jiwa anak-anak kita. Pengharapan tinggi masyarakat terhadap guru dan para pendidik di pelbagai peringkat adalah diharapkan. Guru adalah penjana ilmu dan juga pembina masyarakat sesebuah negara. Harus diingat bahawa kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab dan kewajiban untuk membina anak bangsa kita dalam setiap segi dan mengikut kemahiran dalam bidang masing-masing.
ReplyDeletePerpaduan menjadi syarat kepada kemajuan sesebuah negara. Unsur perpaduan hendaklah dititikberatkan oleh semua pihak. Usaha kerajaan untuk perpaduan sesunbgguhnya perlu disokong oleh semua pihak termasuk parti politik,NGO, orang perseorangan dan malah organisasi swasta juga perlu turut sama menjayakannya. Setiap kaum perlu memahami hak-hak kaum lain dan saling hormat menghormati hak dan kebebasan kaum lain. Ini perlu sekiranya kita mahu melihat wujudnya perpaduan dan kesepakatan antara kaum dan agama dalam negara ini. Tanpa sokongan semua pihak, adalah mustahil usaha kerajaan ini akan tercapai. Komitmenta tinggi daripada masyarakat dalah amat diharapkan. Apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara hendaklah jangan diusik, hak istimewa orang Melayu janganlah disentuh kerana kaum ini sudah banyak berkorban untuk orang lain semasa permulaan pembinaan negara ini sebelum merdeka. Kesedaran akan hal inilah amat perlu agar suasanma negara yang harmonis ini dapat dikekalkan. Tiada perpaduan antara kaum, maka susahlah untuk kerajaan membangun dan memajukan negara ini mengikut acuan kita sendiri.Begitu juga kaum Melayu hendaknya sentiasa menghormati hak dan kebebasan kaum lain dalam negara ini. Hormat menghormati perlulah ada daripada dua pihak dan boleh diumpamakan sebagai "aur dengan tebing" saling melengkapi antara satu sama lain serta saling kukuh mengukuhkan. Islan sendiri menganjurkan agar kita menjaga hak kita dan hak orang lain. Islam tidak menganjurkan kepada kita menzalimi dan merampas hak orang lain kerana mereka juga berhak untuk hidup dengan aman di dunia yang dimiliki olehNya ini.Pemikiran yang waras serta matang adalah amat dituntut.Percakaran sesama sendiri akan merugikan semua pihak.
ReplyDelete